Sokongan “File Manager” Bakal Hadir Untuk Windows Phone (Dikemaskini)

Sokongan “File Manager” Bakal Hadir Untuk Windows Phone (Dikemaskini)

Diterbitkan pada Dis 2, 2013 oleh .

Windows Phone nampaknya berkembang secara berperingkat satu demi satu. Terkini, ia dilihat sokongan “File Manager” bakal diperkenalkan pada platform mudah-alih berkenaan selepas menjadi salah satu fungsi yang diminta ramai pengguna seluruh dunia melalui User Voice.

Perkara ini disahkah apabila permintaan sokongan tersebut di User Voice ditukar status kepada “Completed”, dan diperkatakan bakal hadir dengan kemaskini terbaru Windows Phone pada suku kedua tahun 2014 kelak.

Selain daripada sokongan “File Manager”, beberapa sokongan baru yang turut akan hadir adlah sokongan mikro-SD yang dipertingkatkan pada sistem operasi berkenaan, membolehkan pengguna menyimpan aplikasi pada mikro-SD.

Kemaskini 3 Disember – Microsoft mengatakan mereka silap menandakannya.

User Voice - File Manager


TIPS & ULASAN