Yahoo! Mengambil-Alih SkyPhrase – Syarikat Pemprosesan Bahasa Tabii

Yahoo! Mengambil-Alih SkyPhrase – Syarikat Pemprosesan Bahasa Tabii

Diterbitkan pada Dis 3, 2013 oleh .

SkyPhraseYahoo! pada tahun ini dilihat agak aktif mengambil-alih beberapa syarikat teknologi, dan terkini mereka mengumumkan telah mengambil-alih SkyPhrase, dan bakal menyertai pasukan Yahoo! Labs.

SkyPhrase sebelum ini memudahkan pengguna dalam usaha membuat carian dalam arena internet. Ia membolehkan pengguna membuat carian menggunakan pertanyaan seperti biasa, tetapi difahami oleh pangkalan data dan memperlihatkan hasil carian dan jawapan yang bersesuaian.

Seperti biasa ia tidak diketahui berapakah harga pengambil-alihan SkyPhrase. Namun, mungkin kita akan dapat melihat integrasinya pada produk Yahoo! tidak lama lagi, sekaligus memudahkan carian informasi melalui laman berkenaan.

Pemprosesan Bahasa Tabii = Natural Language Processing


TIPS & ULASAN