VSCOCam merupakan salah satu aplikasi memfokuskan fotografi, dan sedia digunakan ramai pengguna peranti iOS seluruh dunia. Untuk Android, ia telah melalui fasa ujian beta tertutup sejak beberapa bulan yang lepas.
Melalui blog rasmi VSCOCam, pihak pembangunnya hari ini berkongsi yang mana ia akan ditawarkan untuk pengguna Android bermula esok. Untuk menggunakannya, pengguna perlu menjalankan Android versi 4.0 dan terkini.
VSCOCam untuk Android akan ditawarkan secara percuma, dan dilengkapi dengan kebolehan untuk menambah beberapa fungsi dengan pembelian-dalam-aplikasi. Versi percumanya akan kelak hadir dengan 10 preset untuk penyuntingan gambar. Seperti biasa, bagi mereka yang ingin memerlukan lebih daripada itu, boleh membuat pembelian dalam aplikasi dan menambah sokongan VSCOCam mereka.
Jadi, bagi pengguna Android yang berminat, sama-sama kita nantikan ia diterbitkan di Google Play Store, berkemungkinan seawal lewat hari ini, ataupun esok.