Statistik Penggunaan Android Dikemaskini – Mula Menyertakan KitKat

Statistik Penggunaan Android Dikemaskini – Mula Menyertakan KitKat

Diterbitkan pada Dis 3, 2013 oleh .

Android - Disember 2013Seperti setiap bulan, hari ini pihak Google telah mengemaskini statistik penggunaan sistem operasi Android, yang mana memperlihatkan penggunaan Jelly Bean terus meningkat secara positif – berjumlah lebih daripada 54.4% peranti di pasaran.

Gingerbread masih ditempat kedua dengan 24.1%, dan diikuti Ice Cream Sandiwch pada tempat ketiga dengan 18.6%.

Menariknya, pada kemaskini statistik bulan ini, pihak Google turut menyertakan Android 4.4 KitKat, dimana kini ia berjumlah sebanya 1.1% daripada peranti Android di pasaran.

Google sering mengeluarkan kemaskini penggunaan versi Android, memudahkan para pembangun dalam mengoptimasikan aplikasi mereka untuk versi yang bersesuaian.

Mungkin kita akan terus melihat perkembangan positif versi Jelly Bean, sebelum KitKat mula meningkat dengan drastik pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN