WhatsApp Untuk iPhone Dikemaskini Dengan Antaramuka Mesra iOS7

WhatsApp Untuk iPhone Dikemaskini Dengan Antaramuka Mesra iOS7

Diterbitkan pada Dis 3, 2013 oleh .

WhatsAppDengan pelbagai aplikasi iPhone yang kini hadir dengan rekabentuk mesra iOS 7, hari ini pihak WhatsApp turut mengemaskini aplikasi mereka, sekaligus membawakan antaramuka minimalis selari dengan rekaan iOS 7.

Kemaskini WhatsApp 2.11.5 untuk iOS ini turut membawakan beberapa sokongan baru lain, termasuk salah satunya adalah Broadcast untuk menghantar mesej ke ramai orang dengan serentak.

Sokongan lain seperti perkongsian lokasi yang lebih baik, termasuk kebolehan menyunting gambar sebelum dihantar turut disertakan.

Bagi anda yang menggunakan iOS7, boleh mengemaskini WhatsApp hari ini, dan menggunakan antaramuka dan fungsi baru yang disertakan. Anda juga boleh membuat salinan pendua untuk mesej anda di WhatsApp dengan mengaktifkannya di WhatsApp Settings > Chat Settings > Chat Backup.

WhatsApp iOS7

Muat-Turun WhatsApp untuk iPhone


TIPS & ULASAN