Cari @ Amanz

Terdapat beberapa firma dan syarikat yang membuat penganalisaan berkenaan data Twitter, dan salah satu yang popular adalah Topsy Labs. Hari ini, ia dilaporkan pihak Apple telah pun mengambil-alih Topsy pada harga sekitar $200 juta.

Topsy boleh dikatakan salah satu firma penganalisaan Twitter yang popular, mempunyai data sehingga tahun 2006 yang lepas. Ia juga sering digunakan untuk melihat trend semasa, disamping mendapatkan data berkenaan sesuatu hashtag, kata kunci dan sebagainya.

Ia masih menjadi tanda tanya berkenaan bagaimanakah pihak Apple akan mengintegrasikan teknologi tersebut pada perkhidmatan mereka. Antara yang menjadi spekulasi adalah dimana berkemungkinan data sosial diintegrasikan pada algoritma carian di iTunes Store, ataupun mungkin akan digunakan dalam memberikan cadangan aplikasi, muzik dan kandungan yang selari dengan minat seseorang pengguna.

Pada masa yang sama, ia juga dikatakan berkemungkinan pihak Apple menggunakan data tersebut dalam menambah-baik sokongan carian Siri pada peranti iOS mereka.

Perkhidmatan Topsy masih boleh diakses seperti biasa buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd