Yahoo! Berkongsi Terma Carian Popular Sepanjang Tahun 2013

Yahoo! Berkongsi Terma Carian Popular Sepanjang Tahun 2013

Diterbitkan pada Dis 3, 2013 oleh .

Setiap tahun, setiap syarikat internet akan mengeluarkan rangkuman sepanjang tahun mereka, dan kini nampaknya pihak Yahoo! telah pun menerbitkan terma carian yang paling popular dilakukan melalui laman mereka sepanjang tahun ini.

Yahoo! 2013

Daripada apa yang dilihat, memandangkan Yahoo! lebih berfungsi sebagai portal, maka carian popular untuk sepanjang tahun 2013 dilihat menjurus kepada carian nama artis.

Carian Popular Yahoo! Sepanjang 2013

  1. Miley Cyrus
  2. Kim Kardashian
  3. Kate Upton
  4. Minecraft
  5. Selena Gomez
  6. Obamacare (Affordable Care Act)
  7. Amanda Bynes
  8. Jodi Arias
  9. iPhone 5
  10. Justin Bieber

Selain daripada terma carian umum, pihak Yahoo! turut sama menerbitkan sebuah senarai khas untuk carian berkaitan dengan teknologi yang popular melalui laman mereka sepanjang tahun 2013 ini.

Carian Teknologi Yahoo! Sepanjang 2013

  1. iPhone (4, 5, 5s, 5c, 6)
  2. Samsung (Galaxy, S4, S3, Note)
  3. Siri
  4. iPad Cases
  5. Snapchat
  6. Google Glass
  7. Apple iPad
  8. BlackBerry Z10
  9. Cloud Computing
  10. iPad 5

Secara kasarnya, boleh dikatakan carian Yahoo! kurang digunakan pengguna dirantau ini, dan lebih ramai menggunakan carian Google untuk pelbagai perkara.

Google dijangka akan menerbitkan Google Zietgiest untuk 2013 tidak lama lagi, dan mungkin kita akan dapat melihat trend carian pengguna tempatan melaluinya kelak.


TIPS & ULASAN