Carian
Volvo Ingin Membuat Ujian Kereta Automatik Secara Meluas Menjelang 2017
December 3, 2013 Aman

Dengan perkembangan teknologi secara positif dari tahun ke tahun, kini ramai pengeluar memfokuskan kepada pembangunan kereta dengan sokongan pemanduan secara automatik. Terkini, pihak Volvo berkongsi mengatakan ingin membuat ujian secara meluas menjelang tahun 2017 kelak.

Kereta Automatik

Untuk permulaan, pihak Volvo akan menggunakan sebanyak 100 buah kenderaan dan akan mengujinya untuk perjalanan sepanjang 50 kilometer di Sweden.

Selain pada pemanduan, kereta automatik daripada Volvo juga kelak akan membolehkan parkir secara automatik, membolehkan kenderaan mencari ruang kosong dan parkir secara sendirinya.

Dengan perkembangan positif ini, mungkin kita akan dapat melihat kereta pemanduan automatik ini ditawarkan di pasaran untuk pengguna umum pada dekad akan datang.

Komen