Aplikasi VSCO Cam Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Aplikasi VSCO Cam Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Dis 4, 2013 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, pihak pembangun aplikasi VSCOCam telah pun menerbitkan aplikasi fotografi mereka kepada pengguna Android, membolehkan mereka yang menggunakan Android 4.0 dan yang terkini untuk memuat-turunnya secara percuma dari Google Play Store.

VSCOCam untuk Android membolehkan pengguna untuk menyunting gambar yang dirakamkan, sebelum ia dikongsikan bersama-sama rakan yang lain. Pada masa yang sama, pengguna juga turut boleh menambah beberapa efek pada gambar menjadikannya lebih menarik berbanding penggunaan beberapa aplikasi memfokuskan fotografi yang lain.

Bagi mereka yang menggunakan Android 4.0 dan terkini, anda boleh memuat-turunnya secara percuma di Google Play Store hari ini.

Muat-Turun VSCOCam untuk Android


TIPS & ULASAN