Sokongan Aplikasi Chrome Akan Hadir Ke Android Dan iOS Pada Awal Tahun 2014

Sokongan Aplikasi Chrome Akan Hadir Ke Android Dan iOS Pada Awal Tahun 2014

Diterbitkan pada Dis 4, 2013 oleh .

Chrome sedia menawarkan pelbagai pilihan aplikasi untuk pengguna desktop mereka, dan salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah sokongan sama untuk peranti mudah-alih. Nampaknya, kita akan dapat melihat ia hadir untuk pengguna pada awal tahun hadapan kelak.

chrome-android-beta

Buat masa ini, ia dilihat Google sedang membangunkan beberapa kemudahan untuk para pembangun dalam mengubah aplikasi Chrome mereka untuk menjadi mesra Android dan juga iOS.

Mungkin kita akan dapat melihat sokongannya diperkenalkan terlebih dahulu kepada Android 4.x dan diperluaskan ke iOS selepas itu.

Memandangkan ramai yang sedia menggunakan Chrome sebagai peranti utama mereka, dan untuk sync antara pelbagai saiz peranti, semestinya sokongan ini adalah salah satu perkara yang dinantikan.

Ia dikatakan sokongan untuknya akan hadir dalam bentuk beta, seawal Januari 2014 ini.


TIPS & ULASAN