Perkhidmatan Langganan Muzik Dari YouTube Tidak Akan Hadir Pada Tahun Ini

Perkhidmatan Langganan Muzik Dari YouTube Tidak Akan Hadir Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Dis 4, 2013 oleh .

Pelbagai ura-ura dan desas-desus sebelum ini telah mengatakan YouTube akan memperkenalkan perkhidmatan langganan muzik berbayar mereka pada tahun ini. Namun, kini nampaknya ditangguhkan dan disasarkan untuk pelancaran pada awal tahun hadapan.

Ia dikatakan pihak YouTube sedia mempunyai semua kebenaran daripada syarikat penerbit untuk perkhidmatan berkenaan, tetapi ia lebih kepada pihak YouTube sendiri yang masih tidak berpuas hati dengan produk mereka buat masa ini.

Perkhidmatan seperti Spotify, Rdio, dan Deezer telah memperkenalkan perkhidmatan mereka di Malaysia pada tahun ini. Google sendiri mempunyai perkhidmatan langganan muzik mereka melalui Google Music. Namun, ia dilihat perkhidmatan YouTube Music ini akan berbeza sedikit walaupun menawarkan perkhidmatan langganan yang sama.


TIPS & ULASAN