Carian
Google Dilihat Memfokuskan Bahagian Pembangunan Robotik – Diketuai Oleh Andy Rubin
December 4, 2013 Aman

Usaha “android” sebenar?Google sedia mempunyai beberapa projek menarik dalam syarikat mereka, seperti kereta pemanduan automatik Google, disamping beberapa yang lain seperti Google Glass dan sebagainya. Kini, ia dilihat Google turut sama memfokuskan kepada pembangunan robot dalam syarikat mereka.

Pembangunan robot dalam Google diketuai oleh Andy Rubin, dimana sebelum ini telah mengetuai Android sebelum beralih pada awal tahun ini. Menurut NYT, Google telah mengambil-alih sebanyak lebih kurang tujuh syarikat teknologi di Amerika Syarikat dan Jepun dalam usaha membangunkan robot generasi baru.

Andy - Vic - Sundar

Buat masa ini, info seperti perancangan dan sebagainya masih dirahsiakan oleh Google. Ia dikatakan usaha Google ini lebih memfokuskan kepada syarikat pengeluaran buat masa ini dan bukannya pengguna umum. Namun, tidak mustahil untuk ia berubah pada kemudian hari.

Salah satu fokus utama dalam usaha robotik Google ini adalah dimana mereka ingin mengurangkan tugasan berulang yang dilakukan pada hari ini. Perkara ini sekaligus membolehkan bahagian pengeluaran dan sebagainya dipermudahkan, selain dilakukan dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Sebelum ini, beberapa hari yang lepas pihak Amazon telah berkongsi mengenai perancangan untuk menghantar barangan secara automatik menggunakan drone.

Dengan penyertaan pihak Google ini, ia tidak mustahil untuk lebih banyak syarikat memfokuskan usaha sama, sekaligus memudahkan tugasan manusia harian.

Komen