Penyambung menggunakan USB merupakan salah satu kaedah popular pada hari ini, dan kini pembangunnya telah mengumumkan yang mana mereka telah memulakan pembangunan untuk generasi baru penyambungnya. Penyambung USB Type-C ini kelak akan dibangunkan berasaskan kepada teknologi USB 3.1 dan juga USB 2.0.
Penyambung generasi baru ini kelak akan membawakan rekaan yang baru, disamping bersaiz kecil. Pengguna juga turut sama tidak perlu risau untuk melihat arah kabel untuk memasang, memandangkan ia akan hadir dengan rekaan penyambung yang boleh diterbalikkan.
Memandangkan ia membawakan rekaan baru, maka ia tidak akan mesra dengan penyambung sedia ada pada hari ini. Dengan perkembangan teknologi secara pesat dari hari ke hari, perkara ini mungkin tidak menjadi masalah sekiranya penyambung baru ini membawakan lebih fungsi baru bersama-sama dengannya.
Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan penyambung USB Type-C ini.