Carian
LINE Shopping Diperkenalkan Untuk Para Pengguna Malaysia
December 4, 2013 Aman

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang dilihat digunakan ramai pengguna tempatan. Beberapa jenama turut menggunakannya dalam menawarkan promosi kepada pengguna mereka, dan terkini pihak LINE turut memperkenalkan sokongan baru dinamakan LINE Shopping.

LINE Shopping merupakan salah satu rakan tambahan pada perkhidmatan permesejan LINE, dimana mereka hadir dengan beberapa promosi khas untuk pengguna aplikasi permesejan tersebut.

Untuk menerima pelbagai jenis promosi, pengguna perlu menambah LINE Shopping sebagai rakan mereka terlebih dahulu. Lebih 130,000 pengguna tempatan telah menambahnya buat masa ini, berkemungkinan salah satu sebab adalah kerana tawaran sticker khusus untuk mereka yang menambah LINE Shopping sebagai rakan.

Beberapa nama seperti Rakuten Malaysia sedia menggunakan perkhidmatan LINE, dan mungkin kita akan mula melihat promosi dan tawaran khas melalui LINE Shopping tidak lama lagi.

Dengan kebolehan untuk LINE membuat push-notification pada peranti pengguna, perkara ini mungkin agak digemari para penjual, sekaligus memudahkan usaha penjenamaan dan mencari pelanggan baru melalui perkhidmatan permesejan berkenaan.

Komen