Any.Do Cal – Aplikasi Kalendar Daripada Any.Do Diperkenalkan Untuk Android

Any.Do Cal – Aplikasi Kalendar Daripada Any.Do Diperkenalkan Untuk Android

Diterbitkan pada Dis 4, 2013 oleh .

Any.Do sedia terkenal dengan aplikasi to-do yang hadir dengan rekabentuk amat menarik. Mereka turut telah menambah tawaran mereka dengan Any.Do Cal untuk iOS, dan hari ini memperluaskan sokongan aplikasi berkenaan untuk Android.

Any.Do Cal memfokuskan kepada bahagian kalendar, membolehkan pengguna untuk menggunakannya dalam menguruskan pelbagai temujanji, disamping pada masa yang sama menghubungkan ia dengan beberapa aplikasi pengurusan kalendar sedia ada.

Beberapa widget juga turut disediakan, selain mana ia diintegrasikan dengan baik ke Any.Do dalam memudahkan pengguna untuk menguruskan to-do list dengan lebih efisyen.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Any.Do Cal untuk Android hari ini, selain turut memuat-turunnya untuk iOS.

Muat-Turun Any.Do Cal untuk Android


TIPS & ULASAN