Cari @ Amanz

MYNIC sedia terkenal dengan perkhidmatan penawaran domain dengan akhiran .MY di Malaysia. Kini, ia dilihat mereka ingin menamatkan tahun 2013 ini dengan mencatatkan rekod di Malaysia Book of Record melalui penganjuran perhimpunan penulis blog terbesar di Malaysia.

Blogrr MYNIC

Melalui cara yang dinamakan #blogrrr, pihak MYNIC ingin mengumpulkan lebih 10 ribu pengunjung dan juga penulis blog ke acara berkenaan.

Acara sehari tersebut bakal menyaksikan beberapa perkara diadakan, termasuk lebih 15 seminar mini yang berkait dengan dunia penulisan blog, disamping pada masa yang sama menawarkan tapak pameran untuk lebih 100 blogshop tempatan.

Beberapa nama besar tempatan seperti Maxis, Bank Simpanan Nasional, dan Google Malaysia turut dilihat menyokong acara berkenaan, dan akan hadir ke sana pada tarikh 14 Disember ini.

Pada acara yang sama juga, pihak MYNIC bakal mengadakan sebuah acara penyampaian anugerah untuk beberapa blog tempatan.

Acara yang akan dianjurkan dalam masa 9 hari lagi itu bakal diadakan di MIECC, Seri Kembangan dari 9 pagi ke 5 petang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd