Hotfile Menamatkan Perkhidmatan – Semua Fail Dan Dokumen Tidak Boleh Diakses Lagi

Hotfile Menamatkan Perkhidmatan – Semua Fail Dan Dokumen Tidak Boleh Diakses Lagi

Diterbitkan pada Dis 4, 2013 oleh .

Hotfile merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian fail yang popular di arena internet. Namun, kini dilihat ia telah menamatkan perkhidmatan, dan tidak dapat diakses lagi selepas ini.

Hotfile Tamat

Langkah ini dilihat diambil oleh Hotfile setelah diperlukan membayar sehingga $80 juta diatas kes pelanggaran hak cipta. Pada tahun 2012 yang lepas, pihak Hotfile telah mengubah cara ia beroperasi, dan mungkin langkah ini diambil kerana masih ramai yang berkongsi fail berhak-cipta menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Namun, apa yang mendukacitakan adalah dimana semua fail-fail dan dokumen yang disimpan oleh pengguna tidak lagi boleh diakses pengguna, membuatkan ia hilang begitu sahaja.

Sebelum ini, beberapa perkhidmatan storan turut telah menamatkan perkhidmatan mereka, termasuk antaranya adalah FileServe, WUpload dan lain-lain.


TIPS & ULASAN