Maxis Mula Menawarkan iPad Air – Harga Bermula RM2049 Untuk Versi Selular

Maxis Mula Menawarkan iPad Air – Harga Bermula RM2049 Untuk Versi Selular

Diterbitkan pada Dis 5, 2013 oleh .

Maxis iPad AirBagi mereka yang menantikan tablet daripada Apple yang terkini, iaitu iPad Air, anda sudah boleh mendapatkannya bermula hari ini daripada para pengedar tempatan. Antara yang akan menawarkannya adalah termasuk SenQ, Switch, dan juga Machines.

Selain daripada pengedar rasmi, syarikat telekomunikasi turut sama akan menawarkannya. Buat masa ini, pihak Maxis telah menerbitkan harga untuk iPad Air versi LTE yang dijual pada harga bermula RM2049 untuk 16GB.

Daripada halaman yang diterbitkan oleh Maxis untuk iPad Air, versi 16GB ditawarkan pada harga RM2049, versi 32GB RM2299, dan versi 64GB pada harga RM2649.

Perkara ini memperlihatkan perbezaan harga antara RM170 ke RM300 mengikut saiz storan yang ditawarkan berbanding iPad Retina sebelum ini. iPad Air ini membawakan saiz yang lebih nipis dan ringan, disamping dilengkapi cip pemprosesan A7 64-bit, kamera 5-megapixel iSight dan juga skrin bersaiz 9.7-inci Retina.

Walaubagaimanapun, memandangkan versi LTE akan memerlukan pengguna melanggan pakej telekomunikasi, Maxis menyediakan beberapa pilihan pakej, dan menawarkan iPad Air pada sedikit potongan harga – bermula serendah RM1449 dengan tiga pilihan komitmen bulanan.

Maxis iPad Air

Untuk versi WiFi, harganya masih tidak diketahui buat masa ini dan dijangka akan diumumkan pada pagi esok.


TIPS & ULASAN