iPad Air Versi WiFi Dijual Pada Harga Bermula RM1599 Di Malaysia

iPad Air Versi WiFi Dijual Pada Harga Bermula RM1599 Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 5, 2013 oleh .

Selain daripada versi 4G, Apple juga telah mula menawarkan iPad Air versi WiFi kepada pengguna tempatan melalui para pengedar rasmi Apple di Malaysia, termasuk melalui Switch, Machines, SenQ dan lain-lain.

Daripada apa yang dilihat, ia dijual pada harga bermula RM1599 untuk versi 16GB WiFi, diikuti 32GB pada harga RM1929, 64GB pada harga RM2249 dan versi 128GB pada harga RM2579.

iPad Air yang dilengkapi cip pemprosesan A7, skrin bersaiz 9.7-inci, kamera belakang 5-megapixel iSight dan beberapa fungsi lain ini turut memperlihatkan peningkatan harga jikalau dibandingkan dengan iPad Retina sebelum ini yang dijual pada harga bermula RM1499 untuk 16GB.

Apa pun, bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan iPad Air ini daripada para pengedar Apple tempatan.


TIPS & ULASAN