Animonsta Bakal Hadir Dengan Permainan Boboiboy Baru Untuk Android Dan iOS

Animonsta Bakal Hadir Dengan Permainan Boboiboy Baru Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Dis 5, 2013 oleh .

Terdapat beberapa permainan Boboiboy untuk peranti mudah-alih hari ini, dan nampaknya pihak Animonsta akan memperkenalkan satu lagi permainan baru untuk para peminat siri animasi berkenaan tidak lama lagi.

Game Boboiboy

Daripada paparan skrin yang diperlihatkan, permainan berkenaan kelihatan seperti sebuah permainan berbentuk RPG. Namun, ia tidak dapat disahkan. Menurut pihak Animonsta, ia masih pada peringkat ujian alpha buat masa ini, dan masih belum siap sepenuhnya.

Animonsta dijangka akan memperlihatkan permainan ini kepada umum pada acara Comic Fiesta akan datang. Mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak info berkenaan dengannya menjelang acara tersebut yang akan diadakan dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN