Sony Smartwatch 2 Menerima Kemaskini – Membawakan Beberapa Fungsi Baru

Sony Smartwatch 2 Menerima Kemaskini – Membawakan Beberapa Fungsi Baru

Diterbitkan pada Dis 5, 2013 oleh .

Sejak memperkenalkan Smartwatch 2, pihak Sony telah mengemaskininya beberapa kali, dan hari ini sekali lagi jam tangan pintar daripada Sony tersebut dikemaskini – menyertakan beberapa fungsi baru.

Salah satu fungsi baru adalah dimana kini pengguna boleh menetapkan paparan jam digital dengan tarikh pada skrin utama mereka. Disamping itu, ia turut menyertakan sebuah aplikasi baru – Stopwatch.

Pengguna yang inginkan saiz tulisan yang lebih besar, kini boleh membuat perubahan pada tetapan dengan mudah, disamping notifikasi yang boleh dipadamkan dengan hanya satu swipe.

Sony Smartwatch 2

Bagi mereka yang menggunakan Smartwatch 2, anda akan menerima notifikasi kemaskini hari ini, dan proses kemaskini akan dilakukan secara automatik.


TIPS & ULASAN