Med.MY Ingin Memudahkan Orang Ramai Bertanyakan Soalan Kepada Doktor

Med.MY Ingin Memudahkan Orang Ramai Bertanyakan Soalan Kepada Doktor

Diterbitkan pada Dis 6, 2013 oleh .

Kemaskini : Ia dikatakan Med.MY masih lagi pada peringkat pembangunan + ujian, dan masih belum siap sepenuhnya untuk pengguna umum.

Terdapat beberapa laman soal jawab untuk membolehkan pengguna bertanyakan soalan dan menerima jawapan daripada pakar. Terkini, salah satu laman tempatan dengan fokus kepada kesihatan adalah Med.MY.

Med.MY berfungsi sebagai laman soal jawab setempat, memudahkan untuk orang ramai bertanyakan sebarang soalan berkaitan kesihatan kepada doktor-doktor yang turut menyertai laman berkenaan. Setiap persoalan juga terhad kepada 300 aksara, selain pengguna turut boleh menambah gambar dan sebagainya pada persoalan mereka.

Med.MY

Med.MY

Selain hanya bersoal-jawab, pengguna juga boleh membaca persoalan pengguna lain, dan pada masa yang sama menambah pengetahuan mereka mengenai pelbagai masalah kesihatan dan perubatan. Pengguna turut boleh mengakses profil doktor, dan melihat dimanakah mereka bertugas, disamping turut melihat nombor pendaftaran MMC mereka.

Buat masa ini, Med.MY masih lagi pada fasa awal pengenalan peringkat pembangunan., maka persoalan yang terdapat pada laman tersebut masih kurang. Hanya satu doktor juga dilihat disenaraikan pada laman berkenaan, dan mungkin akan bertambah dari hari ke hari.

Daripada halaman memperkenalkan perkhidmatan tersebut, pembangunnya mengatakan mereka akan menyediakan aplikasi untuk peranti mudah-alih seperti iPhone, iPad dan juga Android tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN