Asus Padfone Mini Bakal Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan

Asus Padfone Mini Bakal Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 6, 2013 oleh .

Asus sedia menawarkan beberapa peranti mudah-alih, dan salah satunya adalah keluarga Padfone yang mengabungkan telefon pintar dan juga tablet. Kini, varias daripadanya, Asus Padfone Mini bakal diperkenalkan pada minggu hadapan.

Asus Padfone Mini

Bagi yang tidak mengenali keluarga Padfone, ia hadir dengan telefon pintar yang dilengkapi cip pemprosesan dan beberapa komponen utama. Ia kemudiannya boleh di dock pada bahagian tablet, dan digunakan pada skrin lebih besar.

Untuk Asus Padfone Mini, telefon pintarnya dijangka akan membawakan saiz sekira 4.3-inci, manakala bahagian tablet dijangka akan membawakan skrin bersaiz 7-inci (beberapa desas-desus memperlihatkan ia mungkin sedikit besar). Lain-lain yang diura-urakan adalah cip pemprosesan Snapdragon 400.

Asus dijangka akan mengumumkannya secara rasmi di Taiwan pada hari Rabu hadapan. Sama-sama kita nantikan apakah yang akan disertakan pada Padfone Mini ini kelak.


TIPS & ULASAN