MSI sedia dikenali ramai dengan komputer riba memfokuskan permainan video mereka. Terkini, MSI menambah produk baru mereka, dan mengumumkan komputer riba pertama dengan paparan 3K.
Komputer riba MSI GT60 2OD-261US ini hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci dan paparan resolusi 2880×1620 pixel. Ia turut dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7, memori 16GB DDR3L, dan juga GeForce GTX 780M. Ia membawakan gabungan ruangan storan 128GB SSD dan juga 1TB HD, selain turut dilengkapi sistem operasi Windows 8.
Dengan paparan 3K pada komputer riba, ia semestinya digemari mereka yang selalu memainkan permainan video, sekaligus membolehkan mereka menikmati kualiti paparan yang amat baik melaluinya.
Variasi workstation turut diumumkan yang mana hadir dilengkapi dengan NVIDIA Quadro K3100M GPU dan menjalankan Windows 7 Pro.
Ia masih tidak diketahui bilakah GT60 akan memasuki pasaran tempatan. Di Amerika Syarikat, komputer riba MSI GT60 ini dijual pada harga $2200 (~RM7104), sementara vesi workstation berharga $2800 (~RM9041).