Instagram Menjadualkan Pengumuman Khas Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 6, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram kini sedia digunakan ramai pengguna, apatah lagi dengan penambahan tawaran pada Windows Phone baru-baru ini. Hari ini, pihak Instagram telah mula menghantar jemputan khas untuk media antarabangsa untuk sebuah pengumuman khas pada minggu hadapan.

Instagram

Apakah yang diumumkan oleh pihak Instagram masih menjadi tanda tanya, tetapi berdasarkan kepada bentuk jemputan tersebut dihantar – ramai membuat spekulasi ia berkemungkinan adalah salah satu perkhidmatan bercetak daripada Instagram.

Mengikut apa yang dikongsikan oleh TechCrunch, jemputan dihantar bersama-sama sebuah gambar yang dicetak pada bongkah kayu yang boleh digantungkan pada dinding ataupun diletak pada meja.

Ia tidak diketahui sama ada pihak Instagram bakal menawarkan perkhidmatan mencetak gambar ataupun sesuatu berkaitan dengannya.

Sebelum ini, ia diperkatakan Instagram akan hadir dengan perkhidmatan permesejan pada penghujung tahun ini. Namun, tiada sebarang petanda berkaitan dengannya yang disertakan pada jemputan yang dihantar kepada media ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Instagram pada minggu hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami