Alan Mulally Mungkin Tidak Akan Menjadi CEO Microsoft – Komited Pada Ford

Alan Mulally Mungkin Tidak Akan Menjadi CEO Microsoft – Komited Pada Ford

Diterbitkan pada Dis 6, 2013 oleh .

Alan Mulally merupakan CEO Ford yang sebelum ini telah diperkatakan sebagai calon utama untuk menjadi CEO Microsoft. Namun, kini ia dilihat seperti perkara tersebut tidak akan menjadi, apabila lembaga pengarah Ford mengatakan Mulally akan kekal dengan Ford sepanjang 2014.

Nama Alan Mulally diperkatakan ramai sejak daripada Steve Ballmer mengumumkan pada Ogos lepas, yang mana akan meletakkan jawatan sebagai CEO Microsoft dalam masa kurang 12 bulan lagi.

Mulally sedia terkenal kerana telah berjaya mengubah keadaan Ford dan menjadikannya untung setelah menyertainya pada tahun 2006 yang lepas.

Microsoft sebelum ini mensasarkan untuk membuat keputusan berkenaan CEO baru pada tahun ini, dan mengumumkannya pada tahun hadapan. Selain Alan Mulally, antara nama lain yang disebut-sebut termasuklah Satya Nadella (VP untuk Microsoft Cloud) dan juga Stephen Elop (dari Nokia).


TIPS & ULASAN