Cari @ Amanz

Twitter MusicTwitter kini telah menjadi salah satu medium utama bukan sahaja untuk berinteraksi, tetapi turut sama untuk mengikuti pelbagai perkembangan harian, berita dan sebagainya. Kini, dalam usaha untuk mencapai lebih ramai pengguna, ia dikatakan Twitter ingin menawarkan perkhidmatan mereka pada telefon tanpa akses internet.

Twitter dikatakan akan bekerjasama dengan U2opia Mobile dalam menjayakannya, dan pengguna hanya perlu menekan kod USSD khas untuk melihat topik-topik popular semasa di Twitter.

U2opia kini terdapat di lebih kurang 30 buah negara, dan turut menawarkan akses ke Google Talk dan juga Facebook. Ia dikatakan lapan daripada sepuluh orang di negara membangun masih tidak mempunyai akses internet, dan perkara ini membantu mereka mengikuti pelbagai info semasa dengan mudah.

Twitter dijangka akan mengumumkan sokongan ini pada suku pertama 2014 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd