Kemaskini Android 4.4.1 Hadir Untuk Nexus 5 Dengan Fokus Pada Kamera
December 6, 2013
Google
Peranti
Aman
Sejak pengenalan Nexus 5, salah satu perkara yang diperkatakan ramai adalah masalah pada aplikasi kamera. Untuk mengatasinya kini pihak Google memperkenalkan kemaskini Android 4.4.1 yang membawakan beberapa penambah-baikkan.
Antara yang menjadi fokus adalah bahagian autofokus dan juga kelajuan rakaman gambar. Dari segi kualiti rakaman juga, ia tampak dipertingkatkan berbanding sebelumnya.
Sekiranya anda telah sedia membeli Nexus 5 yang dibawa masuk ke Malaysia dari luar negara, mungkin boleh memulakan proses kemaskininya hari ini.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui berkenaan bilakah Nexus 5 akan diperkenalkan oleh LG di Malaysia.
[info]Baca : Ulasan Nexus 5[/info]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.