Cari @ Amanz

Quip yang selama ini hanya eksklusif untuk pengguna iOS, kini memperluaskan tawaran mereka, dan hari ini telah pun memperkenalkan aplikasi rasmi mereka kepada pengguna Android seluruh dunia.

Quip Android

Bagi yang tidak mengenali Quip, ia merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan akses untuk penyuntingan dan membaca dokumen teks pada peranti mudah-alih. Pengguna juga turut boleh berkolaborasi bersama pengguna lain menggunakan Quip, sekaligus memudahkan sesuatu dokumen dibangunkan dan disiapkan.

Selain pada peranti mudah-alih, Quip juga turut boleh diakses menggunakan laman rasmi mereka melalui komputer, sekaligus memudahkan pengguna mengakses dokumen pada skrin komputer.

Bagi mereka yang menggunakan peranti Android, mungkin boleh mencuba Quip hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd