Gambar Alat Kawalan iPhone – “Razer Kazuyo” Tertiris Ke Arena Web

Gambar Alat Kawalan iPhone – “Razer Kazuyo” Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Dis 6, 2013 oleh .

Logitech sebelum ini telah memperkenalkan alat kawalan permainan untuk iPhone. Kini, nampaknya Razer turut tidak ketinggalan, dan dijangka akan memperkenalkan Razer “Kazuyo” tidak lama lagi.

Razer Kazuyo

Razer Kazuyo

Melalui gambar yang tertiris ke arena web hari ini, Razer “Kazuyo” ini dilihat direkabentuk untuk iPhone, membolehkan pengguna untuk mengawal permainan dengan lebih mudah melalui butang kekunci fizikal pada bahagian kiri dan kanannya.

Memandangkan Razer dan Logitech merekabentuk kerangka luar berbentuk alat kawalan ini khusus untuk pengguna iPhone, semestinya salah satu perkara yang akan memainkan peranan penting dalam pemilihan adalah harga jualannya.

Logitech PowerShell bakal hadir ke Malaysia pada awal tahun hadapan dengan harga RM399. Tiada sebarang tarikh pelancaran yang diketahui buat masa ini untuk Razer.


TIPS & ULASAN