Cut The Rope 2 Akan Diperkenalkan Untuk iOS Pada 19 Disember

Cut The Rope 2 Akan Diperkenalkan Untuk iOS Pada 19 Disember

Diterbitkan pada Dis 7, 2013 oleh .

Cut The Rope 2Cut The Rope merupakan salah satu permainan pada peranti mudah-alih yang popular, dan sedia dimuat-turun ramai pengguna seluruh dunia. Dalam mengekalkan momentumnya, kini pembangunnya akan hadir dengan sekuel permainan berkenaan.

Dinamakan sebagai Cut The Rope 2, ia bakal membawakan lebih kurang lima latar dunia berbeza yang membawakan beberapa makhluk khusus pada setiap latar dunia. Seperti biasa, pemain akan diperlukan untuk “memotong tali” dan membuat beberapa perkara lain dalam membantu Om Nom. Permainan Cut The Rope 2 ini dikatakan akan turut menyertakan beberapa bentuk permainan baru dalam menjadikannya terus menarik.

Pada 19 Disember kelak, permainan Cut The Rope 2 ini bakal ditawarkan secara eksklusif untuk pengguna peranti iPhone dan juga iPad. Ia akan dijual pada harga promosi $0.99 pada tarikh berkenaan.

Tarikh pengenalan untuk platform lain masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN