Google Mungkin Hadir Dengan “Nexus TV” Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 7, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti keluarga “Nexus” sedia dikenali ramai, apatah lagi dengan kemaskini Android yang sentiasa diterima dahulu sebelum peranti lain. Kini, ia dikatakan Google turut sama akan hadir dengan set-top-box pada tahun hadapan, dikenali “Nexus TV”.

Nexus Q

“Nexus TV” ini dikatakan akan menjalankan Android, dan membawakan sokongan penstriman video daripada beberapa perkhidmatan video seperti YouTube, Netflix dan sebagainya. Selain itu, sokongan memainkan permainan video juga turut akan disertakan pada “Nexus TV”.

Desas-desus berkenaan set top-box berasaskan Android daripada Google ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia sedia diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas.

Google sendiri sebelum ini pernah hadir dengan beberapa peranti memfokuskan sokongan pada televisyen, termasuk Nexus Q dan juga Chromecast.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami