Gambar Asus Padfone Mini Tertiris Ke Arena Web

Gambar Asus Padfone Mini Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Dis 7, 2013 oleh .

Asus bakal memperkenalkan Asus Padfone Mini pada minggu hadapan. Dengan beberapa hari berbaki sebelum pengenalannya, kini sebuah gambar hadir daripada @evleaks, memperlihatkan bagaimanakah rekabentuk Padfone Mini akan kelihatan kelak.

Asus Padfone Mini

Seperti semua sedia maklum, Padfone Mini merupakan peranti hibrid, menyatukan tablet dan juga telefon pintar dalam satu peranti.

Asus Padfone Mini ini dikatakan akan menyertakan telefon pintar bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 960×450 pixel, disamping dilengkapi dock bersaiz sekitar 7-inci. Sebelum ini, ia turut dikatakan Padfone Mini akan menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 400 padanya.

Asus dijangka akan mengumumkan ia secara rasmi pada hari Rabu kelak, dimana mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN