Cari @ Amanz

Instagram sebelum ini telah sedia hadir dengan sokongan untuk memainkan video secara automaik, tanpa perlu pengguna klik pada butang Play terlebih dahulu. Kini nampaknya pihak Facebook turut sama telah mula menguji sokongan sama.

Daripada apa yang dikongsikan TechCrunch, video yang dimainkan secara automatik ini bermula dengan tanpa bunyi, dan sekiranya pengguna tap pada video berkenaan, ia akan berubah ke skrin penuh dan memainkan audio bersama-sama dengannya.

Walaubagaimanapun, video yang dikongsikan daripada perkhidmatan lain seperti YouTube tidak dimainkan secara automatik. Sokongan memainkan video secara autoplay ini dilihat telah diuji sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini ia diperkenalkan dengan lebih meluas lagi secara berperingkat.

Bagi pengguna aplikasi Facebook, anda boleh mengawal sama ada ingin memainkan ia hanya pada WiFi sahaja ataupun menggunakan data telekomunikasi anda melalui halaman tetapan Facebook di Android atau iOS.

Pengenalan fungsi baru ini juga sekaligus membawa kepada beberapa spekulasi, termasuk kemungkinan pihak Facebook memperkenalkan iklan video pada perkhidmatan mereka tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd