Adakah Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy J Versi Antarabangsa Pada Hari Isnin?

Adakah Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy J Versi Antarabangsa Pada Hari Isnin?

Diterbitkan pada Dis 8, 2013 oleh .

Samsung sebelum ini telah sedia memperkenalkan Galaxy J – salah satu telefon pintar menarik dengan spesifikasi tinggi, tetapi hanya khusus untuk pasaran Jepun sahaja. Kini, melalui video promosi dari Samsung Taiwan, ia kelihatan peranti tersebut mungkin hadir ke pasaran luar tidak lama lagi.

Samsung Just For You

Untuk peranti ini, Samsung dilihat menggunakan tema “Just for You”, disamping mana turut menekankan kata “Elegan” dan juga “Pantas” merujuk kepada rekaan peranti berkenaan, termasuk sokongan LTE melaluinya.

Galaxy J sebelum ini telah diperkenalkan di Jepun, membawakan skrin bersaiz 5-inci 1080p Super AMOLED, cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 800, kamera belakang 13.2-megapixel OIS, memori 3GB RAM, dan juga bateri 2500mAh.

Ia tidak diketahui peranti yang akan diperkenalkan oleh Samsung pada hari Isnin kelak akan membawakan spesifikasi sama ataupun berbeza.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Samsung berkaitan peranti ini.


TIPS & ULASAN