Paparan Google News Untuk Peranti Mudah-Alih Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Paparan Google News Untuk Peranti Mudah-Alih Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Dis 8, 2013 oleh .

Google News merupakan salah satu halaman sehenti dalam mengikuti pelbagai berita harian, dan dengan lebih ramai menggunakan peranti mudah-alih, kini Google mula memperkenalkan rekabentuk baru untuk paparan pada peranti berskrin kecil.

Google News Baru

Menurut Google, rekabentuk baru ini ini memudahkan pengguna mengikuti berita, serta membawakan rekaan berbentuk “cards” yang sedia digunakan pada pelbagai perkhidmatan Google lain. Navigasi untuk kategori lain juga dipermudahkan melalui rekabentuk baru ini.

Untuk pengenalan, ia akan lebih memfokuskan kepada pengguna peranti Android dan iOS, serta akan diperkenalkan kepada pengguna yang mengakses pada domain utama (news.google.com) sebelum diperluaskan ke pelbagai domain mengikut negara.

Jadi, apa kata anda berkenaan rekabentuk baru ini?


TIPS & ULASAN