Gaurilla Memudahkan Perniagaan Kecil Untuk Menguruskan Perakaunan

Gaurilla Memudahkan Perniagaan Kecil Untuk Menguruskan Perakaunan

Diterbitkan pada Dis 9, 2013 oleh .

Bercakap mengenai pengurusan perakaunan, terdapat beberapa perisian yang memudahkannya, termasuk ramai yang menggunakan spreadsheet dalam menguruskannya. Bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan, mungkin boleh mencuba salah satu aplikasi berasaskan web dinamakan Gaurilla.

Gaurilla

Gaurilla membawakan antaramuka yang ringkas dan tidak begitu sukar untuk memahami penggunaannya. Ketika mula menggunakannya, pengguna akan diberikan dengan kemudahan untuk membuat nama syarikat – yang mana akan digunakan pada aplikasi berkenaan, serta memudahkan anda membuat invois menggunakannya.

Gaurilla

Pengguna juga perlu menetapkan tahun kewangan mereka menggunakannya. Salah satu kekurangan adalah dimana ia tidak menyokong semua mata wang dunia, dan hanya terhad kepada mata wang tiga negara sahaja buat masa ini. Mata wang Malaysia masih tidak disokong, namun pengguna boleh menggunakannya tanpa sebarang masalah.

Sebaik sahaja selesai menetapkan info berkenaan syarikat, pengguna dibawa kepada sebuah halaman utama yang memudahkan untuk membuat input, seperti invois dan transaksi syarikat. Antaramukanya boleh dikatakan agak mudah untuk difahami, dengan semua menu terletak pada bahagian kiri.

Gaurilla

Pengguna juga boleh melihat pendapatan syarikat mereka dengan mudah melalui graf pendapatan dan perbelanjaan yang diperlihatkan pada halaman utama Gaurilla ini.

Gaurilla merupakan perkhidmatan berbayar, dan bagi mereka yang mendaftarkan diri sebelum 2014, mereka akan mendapat akses percuma selama tiga bulan melaluinya.

Apa pun, yang menariknya, sekiranya anda menyukai perkhidmatan tersebut, ia ditawarkan pada harga serendah $4 sebulan untuk satu syarikat.

Bagi anda, adakah anda mempunyai sebarang aplikasi menarik untuk menguruskan perakaunan dan transaksi syarikat?

Layari : Gaurilla


TIPS & ULASAN