Samsung Mengumumkan mSATA SSD Dengan Kapasiti Ruangan Sehingga 1TB

Samsung Mengumumkan mSATA SSD Dengan Kapasiti Ruangan Sehingga 1TB

Diterbitkan pada Dis 9, 2013 oleh .

Selain arena ruangan storan HDD yang berkembang, hari ini pihak Samsung mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan mSATA SSD dengan ruangan sehingga 1TB pada bulan ini.

Samsung SSD 1TB

Perkara ini sekaligus menjadikan Samsung yang pertama dalam industri memperkenalkan ruangan storan sehingga 1TB. Pada hari ini, ruangan storan mSATA SSD yang terbesar adalah 512GB.

mSATA SSD dengan kapasiti sehingga 1TB ini 60% lebih nipis berbanding cakera keras biasa yang digunakan pada komputer, dan lebih 92% ringan daripadanya. Kelajuan kadar pembacaan dan penulisan dikatakn sekitar 540MB/s dan 520MB/s.

Samsung SSD 1TB

Tarikh penjualan dan pelancaran di setiap negara tidak diketahui buat masa ini. Harganya juga tidak dikongsikan, tetapi boleh dikatakan ia akan agak mahal jikalau dibandingkan dengan kapasiti simpanan yang lain.


TIPS & ULASAN