Khan Academy Mencari Penyumbang Untuk Terjemahan Bahasa Malaysia

Khan Academy Mencari Penyumbang Untuk Terjemahan Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Dis 9, 2013 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna, anda mungkin sedia mengenali laman memfokuskan pendidikan dan perkongsian ilmu terkemuka, Khan Academy. Kini, Khan Academy menganjurkan bulan terjemahan ke bahasa Malaysia, membolehkan pelbagai topik laman berkenaan ditawarkan dalam Bahasa Malaysia.

Khan Academy

Untuk memudahkan pengguna membuat terjemahan, pihak Khan Academy menyediakan beberapa panduan ringkas. Seperti semua sedia maklum, dengan sumbangan beberapa perkataan setiap hari, ia akan membolehkan pelbagai kandungan ilmiah ditawarkan di Khan Academy dalam bahasa Malaysia.

Selain kandungan berbentuk teks, mereka juga sedang mencari beberapa penyumbang suara untuk menterjemah kandungan video mereka dalam bahasa Malaysia. Penyumbang untuk bahasa Indonesia juga kelihatan telah mula menterjemah beberapa video dan menawarkannya melalui sebuah saluran YouTube khas.

Layari : Khan Academy Translate


TIPS & ULASAN