Dengan hadirnya penghujung tahun, pelbagai laman menyediakan rangkuman tahunan mereka, dan seperti tahun lepas, kini Facebook turut menyediakan sebuah halaman khas membolehkan pengguna laman sosial tersebut melihat 20 detik menarik mereka sepanjang tahun 2013 lepas.
Melalui halaman khas yang disediakan oleh Facebook ini, pengguna boleh melihat gambar-gambar dan juga perkongsian status yang menarik sepanjang tahun 2013 ini.
Bagi anda yang menggunakan Facebook, mungkin boleh semak detik menarik anda menurut Facebook melalui halaman Year In Review. Selain melihat info berkenaan anda, pengguna juga boleh melihat perkongsian dan topik terhangat di Facebook sepanjang tahun ini melalui Facebook Stories.
- Layari : Halaman Facebook Year In Review