Nokia Memperkenalkan Bluetooth Stereo Headset Baru – BH-121

Nokia Memperkenalkan Bluetooth Stereo Headset Baru – BH-121

Diterbitkan pada Dis 9, 2013 oleh .

Seperti tertiris pada sebuah gambar beberapa bulan yang lepas, hari ini pihak Nokia secara rasminya memperkenalkan Nokia BH-121 yang mana merupakan salah satu Nokia Bluetooth Stereo Headset.

Nokia BH-121

Menariknya, ia menyertakan beberapa elemen rekabentuk Nokia, termasuk pilihan warna biru, merah, kuning dan juga hitam.

Dari segi butang kawalan, butang utama digunakan untuk menjawab panggilan ataupun memainkan lagu. Kawalan audio diletakkan pada bahagian tepi, termasuk ruangan pengecasan berasaskan mikro-USB.

Ia turut dilengkapi dengan sokongan NFC, memudahkan untuk menghubungkan ia kepada telefon pintar anda.

Nokia BH-121 ini bakal dijual bermula Disember ini, dan akan membawakan tanda harga €39 (~RM172). Tarikh jualan di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN