Cari @ Amanz

Nama Lazada mungkin tidak asing bagi kebanyakkan pengguna tempatan yang membuat pembelian secara dalam-talian. Terkini, Lazada dilihat terus menarik perhatian pelabur, dan salah satu pelabur terbaru untuk syarikat berkenaan adalah Tesco, salah satu peruncit terbesar di UK.

Pelaburan ini sekaligus menjadikan ia sebagai pelaburan pertama daripada Tesco dalam arena jual-beli internet.

Lazada buat masa ini mempunyai operasi di beberapa buah negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Menariknya, pihak Tesco sendiri mempunyai tawaran kedai atas-talian mereka tersendiri, dimana ia telah turut sedia ditawarkan untuk pasaran tempatan sejak beberapa bulan yang lepas.

Dengan pelaburan ini, ia membolehkan pihak Tesco mempunyai pelbagai saluran dalam menawarkan produk mereka, manakala pihak Lazada dapat terus memperluaskan pasaran mereka di rantau Asia Tenggara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd