Sailfish OS Ditawarkan Untuk Peranti Nokia N9 Oleh Pembangun Bebas

Sailfish OS Ditawarkan Untuk Peranti Nokia N9 Oleh Pembangun Bebas

Diterbitkan pada Dis 10, 2013 oleh .

Sejak pengenalan peranti Jolla berasaskan sistem operasi Sailfish OS, semestinya ramai pengguna Nokia N9 menantikan fail sistem operasi berkenaan untuk peranti mereka. Kini, selepas penantian beberapa hari, ia telah pun diubah dan dioptimasikan untuk peranti Nokia N9.

Nokia N9 - Sailfish

Daripada apa yang dikongsikan, pelbagai fungsi utama dilihat berjalan lancar tanpa masalah buat masa ini. Menariknya, pengguna Nokia N9 boleh memasangnya bersama-sama MeeGo Harmattan yang terbina pada Nokia N9 (melalui sokongan multi-boot).

Sailfish OS merupakan sistem operasi evolusi daripada MeeGo yang dibangunkan oleh Jolla. Melaluinya, ia memfokuskan kepada bentuk navigasi berasaskan gesture, disamping turut membawakan sokongan aplikasi Android padanya.

Bagi pengguna Nokia N9, mungkin boleh memuat-turun fail Sailfish OS yang dioptimasikan untuk peranti anda, dan memasangnya pada telefon pintar Nokia N9 anda. Seperti biasa, pihak Jolla tidak memberikan sokongan rasmi untuknya buat masa ini dan segalanya perlu dilakukan atas risiko pengguna sendiri.

Ikuti : Pemasangan Sailfish OS pada Nokia N9


TIPS & ULASAN