Viber, penyedia perkhidmatan permesejan popular hari ini secara rasminya telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Android dan iPhone, dimana bersama-sama dengannya sokongan Viber Out diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia.
Viber Out sebelum ini terhad kepada pengguna beberapa negara sahaja, dimana membolehkan pengguna Viber membuat panggilan untuk talian tetap dan talian mudah-alih di beberapa buah negara.
Untuk tujuan panggilan, pengguna perlu membeli kredit terlebih dahulu melalui sokongan pembelian-dalam-aplikasi (iAP).
Untuk panggilan ke talian tetap di Malaysia, Viber Out mengenakan caj sebanyak 22 sen (untuk 3 minit), sementara untuk telefon mudah-alih Viber Out mengenakan caj sebanyak 66 sen tiga minit.
Mungkin bagi mereka yang gemar membuat panggilan ke talian luar negara, maka mungkin ia agak menjimatkan sedikit berbanding panggilan biasa.