Cari @ Amanz

Codecademy sedia menawarkan sokongan pembelajaran interaktif melalui web memfokuskan kepada beberapa bahasa pengaturcaraan. Terkini, mereka menambah penawaran mereka dengan memperkenalkan sebuah aplikasi khas untuk pengguna iOS.

Codecademy iOS

Dinamakan sebagai Hour of Code, aplikasi berkenaan ditawarkan secara percuma untuk pengguna iOS. Melaluinya ia menawarkan antaramuka yang kemas dan mudah difahami.

Sama seperti pada web mereka, ia turut menawarkan kaedah pembelajaran pengaturcaraan secara interaktif kepada pengguna. Menariknya, ia turut boleh digunakan apabila pengguna diluar, sekaligus memudahkan pembelajaran pada masa terluang.

Bagi pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Codecademy : Hour of Code ini daripada AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd