Nampaknya pada tahun hadapan kita akan melihat beberapa peranti berasaskan cip 64-bit hadir ke pasaran. Terkini, pengeluar cip pemprosesan Qualcomm telah pun mengumumkan Snapdragon 410 yang mana merupakan salah satu cip yang ditujukan untuk peranti dengan spesifikasi rendah dan pertengahan.
Untuk cip Snapdragon 410 ini, selain menawarkan perkomputeran 64-bit, ia juga turut menyertakan sokongan rangkaian LTE bersama-sama dengannya.
Potensi cip pemprosesan 64-bit hangat diperbincangkan sejak Apple mengumumkan cip A7 berasaskan 64-bit mereka. Buat masa ini, walaupun Android mungkin menyokong 64-bit, tetapi aplikasi untuk platform tersebut masih tidak dioptimasikan sepenuhnya.
Peranti yang menggunakan cip Snapdragon 410 ini dijangka akan hadir ke pasaran pada pertengahan kedua 2014 kelak.
Pada masa yang sama juga, kita mungkin akan dapat melihat Qualcomm memperkenalkan beberapa cip dengan spesifikasi tinggi dengan sokongan 64-bit tidak lama lagi.