Lazada Akan Menawarkan PS4 (RM1599) Dan iPad Air LTE (RM1999) Pada 12 Disember Ini

Lazada Akan Menawarkan PS4 (RM1599) Dan iPad Air LTE (RM1999) Pada 12 Disember Ini

Diterbitkan pada Dis 10, 2013 oleh .

Pada 12 Disember ini (lebih kurang sehari lagi) pihak Lazada Malaysia akan mengadakan sebuah jualan khas dinamakan sebagai “The Online Revolution“, dimana melaluinya mereka akan menawarkan pelbagai diskaun dan potongan harga untuk barangan yang dijual melalui Lazada Malaysia.

Lazada 1212

Menariknya, antara barangan yang akan turut ditawarkan oleh Lazada pada tarikh berkenaan adalah PlayStation 4 dan juga iPad Air LTE.

Lazada Malaysia akan menawarkan PlayStation 4 dalam bentuk pra-tempahan pada harga RM1599 dan akan menghantarnya dalam masa 10 ke 20 hari selepas itu. Memandangkan harga jualan rasmi di Malaysia adalah RM1799, pengguna boleh menjimatkan lebih kurang RM200 melalui jualan tersebut.

Selain itu, khusus untuk pembeli yang menggunakan kad kredit Visa, mereka akan mendapat diskaun tambahan sebanyak 15%, menjadikan harga jualan akhirnya adalah RM1359.15.

Pihak Lazada Malaysia juga akan turut menawarkan tablet terbaru daripada Apple, iaitu iPad Air versi LTE melalui promosi berkenaan, dan akan ditawarkan pada harga RM1999 untuk versi 16GB.

Lazada Malaysia juga dijangka akan turut menawarkan pelbagai peranti berjenama lain, termasuk komputer daripada HP, dan juga peranti daripada Lenovo, Kenwood, dan juga Fujifilm.

Kemaskini Rabu 11 Disember 2013 10:55 pagi: Diskaun tambahan menggunakan kad kredit Visa sahaja dan akan dikira untuk pembelian pada 12 Disember 2013 sahaja.


TIPS & ULASAN