Yahoo! Dikatakan Berminat Untuk Mendapatkan Imgur

Yahoo! Dikatakan Berminat Untuk Mendapatkan Imgur

Diterbitkan pada Dis 10, 2013 oleh .

Yahoo! Yahoo! boleh dikatakan agak aktif pada tahun ini dengan mengambil alih beberapa syarikat internet dan teknologi, disamping pada masa yang sama menambah baik tawaran produk mereka deengan menawarkan ruangan sehingga 1TB secara percuma.

Terkini, satu lagi perkhidmatan yang dikatakan menarik minat pihak Yahoo! adalah Imgur, iaitu salah satu perkhidmatan hos gambar yang popular di arena web.

Imgur sedia digunakan ramai untuk perkongsian imej dengan ciri-ciri viral, selain turut menjadi pilihan utama pengguna di Reddit.

Dari segi angka pengguna, pada bulan September yang lepas, pengguna Imgur dilaporkan melangkaui angka 100 juta pengguna – sekaligus menjadikan antara laman popular dan yang menjadi tempat tuju untuk mereka yang ingin kongsikan gambar atau melihat gambar yang dikongsikan ramai.

Buat masa ini, boleh dikatakan perbincangan masih pada peringkat awal, dan tidak diketahui lagi sama ada Imgur akan menyertai Yahoo! ataupun tidak.


TIPS & ULASAN