Terengganu Akan Menyediakan Kemudahan WiFi Percuma Bermula Tahun 2014

Terengganu Akan Menyediakan Kemudahan WiFi Percuma Bermula Tahun 2014

Diterbitkan pada Dis 11, 2013 oleh .

Dengan akses internet menjadi salah satu penggunaan utama harian, kini kerajaan Terengganu merancang untuk menyediakan kemudahan akses WiFi percuma ke seluruh negeri bermula tahun hadapan.

Pada permulaan, akses WiFi percuma ini dijangka akan hadir pada kawasan tumpuan awam terlebih dahulu. Pengenalan kemudahan WiFi percuma ini dikatakan akan menelan belanja kos sebanyak RM30 juta untuk menjayakannya.

Kerajaan negeri Terengganu mensasarkan untuk meliputi seluruh negeri tersebut dengan akses WiFi percuma menjelang penghujung 2014 kelak.

Selain daripada akses WiFi percuma, beberapa perkara lain yang turut dirancang dalam terus mengukuhkan pembangunan ICT adalah termasuk pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri tersebut.


TIPS & ULASAN