Selain tawaran tablet LG G Pad 8.3, pihak Google juga dilihat turut menambah tawaran phablet “Edisi Google” mereka melalui peranti Xperia Z Ultra.
Sony Xperia Z Ultra telah sedia dilancarkan di pasaran tempatan sebelum ini, yang mana membawakan skrin bersaiz 6.4-inci dengan rekabentuk peranti ikonik Sony untuk tahun ini.
Untuk variasi “Edisi Google” ini, ia tidak membawakan sebarang perubahan sama ada dari segi antaramuka dan mengekalkan rekaan asal Android. Perkara ini juga sekaligus membolehkan pengguna peranti “Edisi Google” untuk menerima kemaskini Android lebih pantas daripada kebiasaan.
Dengan pengenalan ini, mungkin kita akan dapat melihat penawaran ROM GPE (Google Play Edition) untuk Xperia Z Ultra tidak lama lagi.
Versi “Edisi Google” ini masih terhad untuk penjualan melalui Google Play Store yang masih tidak ditawarkan di Malaysia buat masa ini.